Tuesday, December 15, 2009
o00PSss
Posted by aien's life with love at 2:43 AM 0 comments
Labels: merapu ikut suke rase aku
Friday, December 4, 2009
waRisaN
Posted by aien's life with love at 3:13 AM 0 comments
Saturday, November 28, 2009
vacati0n t0 camer0n highland
aien & amin
Posted by aien's life with love at 4:11 PM 0 comments
Labels: vacation
Tuesday, November 24, 2009
hi tEnsiOn!!!
8.00 a.m - 9.00 a.m Test for modul Geodesi 2
9.00 a.m - 10.00 a.m Test for modul Hidrografi
10.00 a.m - 11.00 a.m Test for modul Undang2 dan Peraturan Tanah
1.30 p.m - 2.30 p.m Final Test for modul English for Technical Purposes 5
weyh...x ke pecah pale otak camtu? 4 test pada hari yang sama dan berturutan...alahai...tulung la weyh...tapi nasib baek la the end of the day yg menggembirakan aku ialah................balik kampung for Raya Haji.....tiket aku dah bo0k..nanti mintak tlh mmber baik aku antakan aku kat bus10 Butterworth...xsbar rasenyer nk blik umah..
kepada kwn2 sume doa2kan la aku leh jawab test esok...aminnnnn...
Posted by aien's life with love at 7:30 PM 0 comments
Friday, November 6, 2009
tRip t0 perLis
05 November 2009
buat pertama kalinya dalam hidup aku jejak kaki kat negeri yang hanya sebesar KLIA,Perlis Darul Sunnah...tapi aku bukan pegi sorg..actually aku pegi dgn dut6b's fwen....trip nie adela lawatan akademik ke UiTM Arau...tujuan kiteorang pegi ctu adela untuk mendekati lebih dekat mengenai hidrografi dan peralatannya...nie antara pic yang aku sempat snap kat sane..
tranduser yang amat mahal harganya
receiver gps
on my way nak balik kulim,driver bus nie sempat lak singgah kat ladang ternakan burung unta..hahaha...sekali sekala amik pic ngn burung unta nie pn okey gak eyh..
masjid sultan syed sirajudin...cantik siot masjid nie...xrugi kiteorang singgah solat kat cni sambil2 tu sempat posing babe!
landskap kat masjid nie cantik giler...
takat nie je la kesah perjalanan aku ke Perlis..jumpa lagik pada post yg len...
Posted by aien's life with love at 6:07 PM 0 comments
Wednesday, October 28, 2009
jOm bELajar BahaSa JepUn
tetibe lak lidah aku terasa nak cakap jepun..nie mmber aku pny pasal la nie..asik cite pasal future bf die (atien > jgn mara eyh..hikhikhik) yg stdy kt jepun ttue aku pun terikut2 nk speaking jepun..tp yg nie je la yg aku tau..tu pn tgk kat magazine je...
Good Morning > ohaiyo gozaimasu
Good Evening > konbawa
Hello > konniciwa
Goodbye > sayonara
Nice to meet you > hajimemashite
Excuse me > sumimasen
Thank You > arigatou
Sorry > gomen nasai
n yg last skali aku tau pasti sume orang suke...
I Love You > ai shi teru
that's all...
love from aien
Posted by aien's life with love at 2:31 AM 0 comments
Labels: education
Saturday, October 17, 2009
Sunday, October 11, 2009
mEmber biAr sAtu poLy,ciNta hAti hanYa sAtu..
love makes all the difference in the world,
and you makes all the diffrence in my life,
every minute of everyday
you are the one i'm thinking of,
and every single
moment feels special,
love you very much sayang.
Posted by aien's life with love at 10:27 PM 0 comments
Saturday, October 10, 2009
mEnungGu kaTa daRi tUhAn
opss...bukan ler nk cite ape pn cme nk share yg baru2 nie 5hb 10 buat pertama kalinyer poly aku mengadakan persembahan teater yg dijemput dari luar....tajuk mmg gempak 'menunggu kata dari tuhan'...cite yg dipentaskan nie adalah arahan dan karya dinsman....dilakonkan oleh sabri yunus dan muzik oleh sani sudin kopratasa...cite nie diadaptasi drpd hadis Nabi iaitu berkisarkan ttg seorang sahabat Nabi iaitu Ka'ab bin Malik yang secara tidak sengaja tidak ikut bersama Rasulullah dalam perang...beliau menunggu pengampunan daripada Allah selama 50hari dengan dipulaukan semua orang islam termasuk isteri dan keluarganya...cite nie mmg gempak habis...ramai yg dtg nk tgk teater..penuh 1 dewan termasuklah orang awam dan jemputan khas student PSP....last skali ade sesi soal jwb antara pengarah,pelakon dan pemuzik teater...mmg best ar..x sangka yg Sabri ngn Sani sporting habis...hopefully teater mcm nie dipentaskan lagi di poly...
nie first time aku tgk teater n that moment aku xkan lupe sampai bile2...
Posted by aien's life with love at 1:15 AM 0 comments
Wednesday, October 7, 2009
1 maLaysiA
mmg best ar pesta nie..sedikit sebanyak aku tau ar jgk ttg budaya org cina nie..antara persembahan yg aku ske tarian kipas ngn wushu...tapi yg plg gempak tarian melayu tradisional pun turut dipersembahkan kan...mmg 1 malaysia nih...hehe...
wacth out my pic @ pesta tanglung...
Posted by aien's life with love at 6:30 PM 0 comments
Tuesday, October 6, 2009
aDa aPa pAda nAmA
NORAIEN | |
N | Naif |
O | Oportunis |
R | Ramah |
A | Amanah |
I | Ikhlas |
E | Emosional |
N | Naif |
Apa ada pada nama? |
Posted by aien's life with love at 9:21 PM 0 comments
aien @ rayath0n
mmg kelasssss ar dieorg nie...
Posted by aien's life with love at 12:23 AM 0 comments
Saturday, October 3, 2009
x rUgi kaLau k0rAng bacE!
aku pn xtau sape penulis asal cite nie..tapi tujuan aku tulis cite saje untuk renungan semua orang..tapi x semua lelaki macam dlm cite aku nie...walau ape pn tetap ade lelaki yg mcm nie sbb manusia dijadikan x sempurna..ade kelebihan dan kekurangan masing2...cite untuk tatapan semua orang terutamanyer untuk lelaki2 kt luar sane...mmg sedih siot cite nie...10x aku bace n 10x jugak aku nangis...touching siot!!!
live ur life......
"Aduh.....sakitnyer.....isk aduh...bang,sakitnye tak tahan saye"keluh Nisa pada suaminya,Zakri."Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin...dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga.Penat dah saya tunggu.Ni mesti ada benda tak elok awak buat,itulah sebab lambat keluar budak tu,banyak dosa la tu"rungut Zakri pada Nisa.Nisa hanya diam dan menahan sakit nak bersalin.Hampir satu jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga.Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu.Sejak mengandung ada saja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya.Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya.Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari (doktor peribadi).Doktor Johari datang dan menyediakan keperluan menyambut kelahiran.Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi berbekas dihatinya.
Doktor Johari menyuruhnya meneran."Come on Nisa,you can do it...Once more..."kata rangsang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar."Good mummy"kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.Tiba-tiba Nisa tersa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby,kembar rupanya."Nisa you got twin,boy and girl.Putih macam mummy dia"kata Doktor Johari memuji Nisa."Tahniah Zakri,it's a twin"Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri.Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya,kembar pula.Memang Doktor Johari menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya.Baby boy dan baby girl Nisa namakan Muhammad Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega,tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi.Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa kecil hati,tapi Nisa tahan kan saja.Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak,Nisa akan dimarahi semula.Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa.
Danial dan Dania diletakkan di nursery hospital sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania.Comel sungguh kembar Nisa.Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa mengandungkan kandingannya.Zakri selalu memarahi Nisa,ada sahaja yang tidak kena.Kata Nisa yang bukan-bukan,gila,ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa.Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya,Nisa kuatkan semangat dan pendiriannya.Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung,Zakri tidak percaya Nisa mengandung anak dia.Dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung.Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin Nisa dah mengandung dua bulan.Nisa cuma kosong selama sebulan selepas kahwin.Nisa tak tahu nak cakap apa.Nisa balik rumah dalam keadaan sedih.Pada mulanya Nisa gembira apabila disahkan mengandung tapi sebaliknya pula terjadi.Perasaan hati Nisa bangga dapat memberikan zuriat kepada Zakri.Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tidak pernah terlintas di otak Nisa.
"Kenapa abang berlainan sekarang ni,tak macam dulu pelembut,suka berjenaka.Ni tak asyik nak cari salah Nisa je.Nape bang?"soal Nisa pada Zakri."Kaulah penyebabnya,tak yah nak tunjuk baik plak"Zakri menempelak Nisa."Jantan mana yang kau layan kat ofis kau tu!"sergah Zakri lagi."Abang syak Nisa dengan lelaki lain ke?Kenapa abang syak yang bukan-bukan,Nisa kan isteri abang yang sah.Tak kan Nisa nak buat jahat dengan orang lain plak"terang Nisa pada Zakri."Allah dah bagi kita rezeki awal ,tak baik cakap camtu.Itu semua kehendak Allah"Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga dia jatuh tersungkur.Nisa menangis dan sedih.Zakri buat tidak tahu sahaja.Nisa hanya mampu menangis.Terasa dada Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri,suaminya yang sah."Woi semua tu boleh terjadi la Nisa,kawan baik dengan isteri sendiri,bapak dengan ank.Hah!emak dengan menantu pun boleh.Apatah lagi macam kau ni tau tak.Tu dulu kawan lama kau yang satu ofis dengan kau tu,Farid,bukan main baik lagi budak tu"marah Zakri."Entah-entah keturunan kau,darah daging kau pun tak senonoh....Eeee teruk.Nasib akulah dapat bini macam kau"kutuk Zakri lagi pada Nisa."Bawa mengucap bang,jangan tuduh saya yang bukan-bukan,saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni.saya tahu hukum hakan agama.Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya,saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil macam darah daging sendiri"kata Nisa pada Zakri."Tapi abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka mak dan ayah kandung saya.Mereka lahirkan saya kedunia"ucap Nisa sambil menangis.
Semenjak kejadian itu,Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila tamat waktu kerja.Nisa berehat di surau tempat Zakri bekerja.Zakri bekerja di pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif.Kalau shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga 10.30 atau 11.30 malam.Nisa terpaksa bebohong pada emak dan keluarga yang lain dengan mengatakan Nisa buat kerja lebih masa di pejabat.Nisa terpaksa buat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi.Dengan keadaan perut makin membesar Nisa gagahkan juga.Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa ditempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas.Begitulah keadaan Nisa sehinggalah hampir waktu bersalin.Kalau diminta jemput macam-macam kata kesat dilemparkan pada Nisa.Perampuan tak tahu berdikari,berlagak senang,lagak kaya.pernah satu hari Zakri lambat menjemput Nisa sampai sakit pinggangnya.Nisa menangis.Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la,perempuan tak sedar diri,tak layak jadi isteri,menyusahkan.Macam-macam kata nista yang Zakri lemparkan pada Nisa.
Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa.Kalau ngadu kat emak takut dimarahi pula.Bila balik ke kampung,mereka berdua akan berlakon yang mereka tidak bergaduh.Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah yang melanda perkahwinannya.Dalam keadaan begitu Nisa masih mampu bertahan dan kuat emosinya.Satu hari dalam keadaan marah Zakri telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding.Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa hendak pergi ke rumak Mak Usu Nisa yang mengadakan majlis perkahwinan anaknya di Tanjung Karang.Emak Nisa sudah seminggu pergi ke sana untuk menolong.Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya.”Kita nak jalan jauh ni bang.Biarlah kita pergi awal sikit,bolehlah tolong apa yang patut.Masa nil ah kita nak membalas pertolong mereka.Ingat tak masa kita kahwin,mereka bekerja keras kan.”kata Nisa pada Zakri.Zakri ketika itu sedang berehat sambil menonton televisyen.”Bang,dengar tak ni.Hari dah mula gelap nanti hujan pulak”desak Nisa lagi.Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa.”Kau tau aku penatkan,tak boleh tunggu sekejap ke?Suka hati akulah nak pergi malam ke siang ke tak pergi langsung ke!”marah Zakri.”Itu Nisa tau tapi abang dah berehat dari pagi tadi lagi,takkan masih penat.Nisa Cuma ingatkan abang je”Nisa memberitahu Zakri.Zakri dating pada Nisa,direntapnya rambut Nisa dan dihantukkannya kepala Nisa pada dinding.Nisa tidak dapat buat apa.Ya Allah,sanggup Zakri berbuat demikian.Terasa kebas kepala Nisa dan ia mula membengkak.Pening kepala Nisa dibuatnya.”Ya Allah,Kau kuatkan iman aku Ya Allah.Lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya Ya Allah”doa Nisa dalam hatinya.Nisa memencilkan diri di sudut dinding dan menangis.Zakri kemudia duduk diam.Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah.”Bang,Nisa minta maaf kalau Nisa buat abang marah”Nisa memohon maaf pada Zakri sambil menangis teresak-esak.
“Hoi! Encik Zakri,bini ko kat wad tak gi tengok ke?Apa punya laki la ko ni?”sindir Azlan kawan satu tempat kerja Zakri.”Alah dia sihat je kat wad tu,makan tanggung,berak cangkung.Hahaha”gelak Zakri dan kawan-kawan yang lain.Azlan cuma berdiam diri.”Senangnya hidup Zakri ni tak ada langsung risau pasal bini dia”cetus hati Azlan.”Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin,aku sentiasa dok sebelah dia tau.Mereka perlukan kita masa tu.Nyawa mereka di hujung tanduk semata-mata nak lahirkan zuriat untuk kita,cuba kau fikir sikit”Azlan mengingatkan Zakri.”Iyelah Lan,lagipun Nisa dah bersalin dah selamat pun.Sekarang tengah berehat la apa aku nak risau lagi”jawab Zakri selamba.”Suka hati kau lah tapi kalau ada apa-apa nanti jangan menyesal Zakri,sesal tak sudah”kata Azlan lagi.Treet treet treet….Bunyi handphone Zakri.”Hello”jawab Zakri.”Hello Zakri,Doktor Johari sini,ada masalah Zakri pasal Nisa,datang segera ke hospital ye Zakri,Nisa tak sedarkan diri…..”panggilan kecemasan dari Doktor Johari.”Iye ke?teruk ke dia Johari?Okay I dating…”tuttttt Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari.”Lan.Kau ikut aku,Nisa tak sedar diri…”ajak Zakri pada Lan.”Hah tadi kau kata bini kau sihat”Tanya Lan pada Zakri.”Alah jom ler cepat”desak Zakri.
“Zakri,kami tak dapat selamatkan Nisa.Nisa mengalami pendarahan otak yang serius.Sebelum ni pernah tak Nisa jatuh atau terhantuk kuat sebab sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam.Mungkin kesan dah lama?”Tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri.Zakri hanya mendiamkan diri.Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding sekuatnya.Selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan sejak itu Nisa sering sakit kepala yang teruk tapi Zakri tidak pernah mengebdahkan kesakitan Nisa.Baginya Nisa mengada-ngada saja buat sakit untuk minta simpati.Tetapi sebaliknya….Zakri hanya diam.”Ya Allah pa aku dah buat”rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil.”Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di nursery, sakit yang amat sangat katanya jadi Doktor Zainal membawa Nisa ke makmal untuk membuat scanning di kepalanya dan sah otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal,kami tidak mampu melakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu dibedah sebelum meminta izin dari kau Zakri.Nisa telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir Nisa,Nisa minta kau membaca diarinya.Saya minta maaf Zakri.Allah lebih berkuasa kita tak dapat menghalangnya”kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diariyang berbalut kemas dengan kain lampin bayi yang masih baru.Zakri mengambil diari itu dam membuka setiap lembaran diari Nisa.Setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa setiap hari.Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di diarinya.Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa.”Ya Allah kenapa aku buat Nisa begini”terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa.Terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering membuat Zakri tertarik untuk membacanya.
Untuk suami Nisa tersayang.
I LOVE U BANG.SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA
Assalamualaikum.
Abang ingat tak bunga ros merah ni.Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali abang.Lama Nisa simpan bunga tu bang.Bunga inilah lambing bermulanya perkenalan kita.Nisa benar-benar menyayangi abang.Nisa simpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa.Abang tak pernah tahu kan.itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa pada abang.Terlebih dulu Nisa teringin sangat dengar abang panggil Nisa ayang macam kita mula-mula kahwin dulu.Terasa diri dimanjai bila abang panggil Nisa macam tu.walaupun Nisa dapat merasa panggilan tu seketika saja.Abang dah banyak berubah.Perkataan ayang dah hilang dan tidak kedengaran lagi unruk Nisa.Kenapa?Bencikah abang pada Nisa?Abang,mukasurat ni khas untuk abang.Bacalah,moga abang tahu betapa sayangnya Nisa pada abang.abang ingatkan hari ni hari ulang tahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan abang Danial dan Dania.Untuk Nisa tak perlulah abang bagi kerana tiada apa yang Nisa inginkan selain dari kasih saying abang.Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa.Nisa pergi untuk menemuiNYA.Nisa harap abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali menyakiti mereka.Mereka tidak tahu apa-apa.Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging abang.Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka.sayangilah mereka.Nisa ingin mengatakan yang Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan abang saja dihati Nisa.Jiwa dan raga Nisa hanya untuk abang.Terima kasih kerana abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan abang dan berkahwin.Nisa harap abang tidak mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak hidup Nisa yang malang kerana menumpang kasih disebuah keluarga yang bukan darah daging Nisa.Tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih saying sepenuhnya dari keluarga ini.Nisa berharap sangat abang akan sentiasa memberitahu kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita walau Nisa tidak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa.Berjanjilah pada Nisa dan ingat Danial dan Dania adalah darah daging abang.Ampunkan Nisa dan halalkan makan minum Nisa selama setahun kita bersama.Sekiranya abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak boleh menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa telah buat nama emak untuk KWSP Nisa.Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurangnya rindu emak sekeluarga pada Nisa bila memandang kembar kita.Comel anak kita bang.Dania mengikut raut muka abang.sejuk kata orang dan Nisa yakin Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa,ibunya.Sejuk perut Nisa mengandungkan mereka.Itulah peninggalan Nisa untuk abang.Semoga abang masih sudi mengingati dan menyayangi walaupun Nisa sudah tiada disisi abang dan kembar kita.Salam terakkhir dari Nisa untuk abang dan semua.
Ikhlas dari,
Nur Nisa
“Sabarlah Zakri,Allah Maha Berkuasa.Kuatkan semangat kau.kau masiah ada Danial dan Dania”pujuk Azlan.Zakri hanya tunduk membisu.Ya Allah,Nisa maafkan abang.Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas,sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya.Belang gambar itu tertulis “HARI YANG PALING BAHAGIA BUAT NISA DAN KELUARGA.NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN.SEMOGA KEBAHAGIAAN DAN KEGEMBIRAAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KE AKHIR HAYAT NISA.Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya.Zakri seakan orang hilang akal.Satu demi satu perlakuannya terhadap Nisa sepeti terakam dalam kotak otaknya.Setiap perbuatannya seperti wayang jelas terpampang.Kenapalah begini jadinya,kejamnya aku.Nisa,Nisa,Nisa maafkan abang.
Sewaktu jenazah Nisa tiba dirumah suasan amat memilukan.Zakri tidak berdaya melihat keluarga Nisa yang begitu bersedih atas pemergian Nisa.namun emak Nisa begitu tabah dan reda.Danial dan Dania sentiasa dalam pelukan nenek mereka.Saat akhir untuk melihat jenazah Nisa,Zakri lihat muka Nisa tenang dan bersih.Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri.”Nisa,abang minta ampun dan maaf”bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menagis dengan berjuta penyesalan menimpa dirinya.Apabila Zakri meletak kembar disisi ibunya,mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan air mata ditepi mata Nisa.Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri.Kembar menangis semula oleh Zakri dan diberikan pada neneknya.jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama.Walaupun mereka tidak mengetahui apa-apa biarlah mereka mengiringi pemergian Nisa,ibu yang melahirkan mereka.Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana akibat perbuatannya.Dan akhirnya jenazah Nisa selamat dikebumikan.
Satu persatu orang meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggal Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya.Meratapi pilu,berderai air matanya dengan jutaan penyesalan.”Ya Allah kuatkan hambamu ini.Ya Allah.Hanya KAU saja yang mengetahui dosaku pada Nisa.Ampunkan aku Ya Allah.Akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa dan termimpi oleh Zakri Nisa dating mencium tangan,mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus.Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa,putih bersih.Nisa,Nisa nak kemana Nisa,Nisaaa.Zakri terjaga dari lenanya.Terngiang-ngiang suara kembar menangis.”Ya Allah Zakri,Zakri bangun Zakri dan hampir senja ni.Mari kita balik.Kenapa kau tidur kat sini?”tegur abang long,abang ipar Zakri.Dari jauh Zakri melihat emak dan kakak iparnya mengendong kembar.Mereka menangis.Zakri berlari menuju kearah kembarnya mengusap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis.”Danial,Dania anak ayah,ayah akan menjagamunak.Kaulah penyambung zuriat,darah daging ayah.”kata Zakri pada kembarnya.Emak,abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa……
Posted by aien's life with love at 1:18 AM 0 comments
Thursday, September 17, 2009
yEa yEa....Raye!!!!
17 September 2009
Wah ari nie last dah aku de kuliah...japlagi nak balik kampung....rindunyer kat umah...mak abah...adik2 aku pun sume balik ari nie gak...meriah2...tak sabarnyer aku...excited nih...huhuhu...
tapi x best gak....lepas raye nie aku banyak test n asgnmnt nak kene sumbit....tension la plak...huhu...aku balik umah nak raye larrrrrrr.....................
Khas buat semua
aku rase raye cam x meriah kalau xde pelita...
Jemput2 lar datang umah aku....
Posted by aien's life with love at 12:23 PM 0 comments
Saturday, September 12, 2009
eDit uR piCtuRe...
nie aku nk ajar korg edit pic...slalunye org edit pakai magmypic.com kannnn...kali nie aku nk ajar nie len ckit..ye la kongsi ilmu pengetahuan yg ade kan?kan?kan?cara2nyer korng ikut je step yg aku bagi kt bawah nie...
1)mule2 korg bukak laman web effmypic.com,pastu korg pilih la effect yg korang nk yg dh display kt web tu kan..
2)n then korg upload la pic korg dari pc korang kan..tunggu a few minute...
3)last skali korg dapat hasilnyer...cm ni larh...korang nk save kt pc boleh nk copy code pn boleh...
tu je...senangkan..hope korang enjoy...
Posted by aien's life with love at 2:10 PM 0 comments
i'm the beginner!!!
aku baru je wat blog nie...tapi sblm dh ade blog yg aku wat...blog Dunia Ukur - http://nadaien.blogspot.com....pape pn aku boleh dikatakan beginner la sbb aku x bape tau sgt psl blog lg..tujuan aku tulis blog saje suke2 sambil isi mase lapang...sekurang2nyer aku tau la jgk pasal internet nie kan...x la org kate bute IT..hikhikhik...
Posted by aien's life with love at 11:04 AM 1 comments